Hishammuddin - Seramai Empat penumpang MH370 Guna Pasport Palsu



Berita terbaru yang dapat saya kongsi dengan anda setakat ini ialah, Dimana seramai Empat penumpang MH370 disahkan guna pasport palsu dan Unit Anti Pengganas dari negara terbabit serta FBI akan siasat secara bersama. 

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan. 

MAS khuatir perkara terburuk pesawat hilang
Dalam perkara yang sama, Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Baharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu. 

Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'. 

MAS berkata ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang yang terbabit. 

Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu. 

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada jam 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.  Dimana, Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi. 

MAS berkata ia akan menempatkan sekumpulan kaunselor ke Beijing pada Ahad. 
Ia telah menghantar 94 kaunselor yang terdiri daripada kakitangan terlatih dan anggota Tzu Chi Foundation untuk memberi sokongan emosi kepada keluarga penumpang.

Kita juga berterima kasih dan terharu dengan sambutan dari negara jiran yang bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan seperti Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, China dan Indonesia. 

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info