Jangan Gunakan Smartphone Selepas Jam 9 Malam


Hasil penyelidikan terbaru yang dijalankan oleh seorang Sarjana Perniagaan, Russell Johnson dari Michigan State University ke atas 82 cabang pengurusan syarikat, serta melakukan kajian keatas 161 responden atau pekerja  dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti kerani, akauntan dan kedoktoran di Amerika Syarikat mendapati bahawa, penggunaan telefon pintar selepas jam 9 malam, terutamanya bagi tujuan kerja, boleh menyebabkan pengguna lesu dan kekurangan tenaga pada keesokan harinya.

Hal ini berlaku kerana, telefon pintar menyebabkan mental dan fizikal pengguna  sentiasa terjaga hingga lewat malam, sehingga menyukarkan pengguna untuk melepaskan diri dari pekerjaannya, menyebabkan pengguna sukar untuk melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Tambahnya lagi, “Telefon pintar direka hampir sempurna untuk menganggu tidur anda” kata penyelidik dari Michigan State University itu, sepertimana yang dilaporkan oleh Telegraph di laman sesawangnya pada 23 januari lepas.

Selain itu, antara dapatan lain hasil daripada penyelidikan tersebut, penyelidik juga mendapati bahawa penggunaan telefon pintar memberi kesan negatif yang besar berbanding penggunaan peranti elektronik lain seperti menonton televisyen dan menggunakan komputer riba atau tablet PC.

Ini kerana, telefon pintar itu sendiri dikhabarkan mengeluarkan bahan “blue light” yang diketahui umum bahawa ia boleh menghalang melatonin, iaitu sejenis bahan kimia dalam badan yang menyalurkan rasa mengantuk pada tubuh manusia.

Oleh kerana itu, jauhilah diri anda daripada menggunakan telefon pintar selepas jam 9 malam, agar anda boleh tidur lena dan kembali segar pada keesokan harinya.

0 Komen untuk "Jangan Gunakan Smartphone Selepas Jam 9 Malam"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info