#Tragedi MH17 Jejaskan Saham KL Pada awal dagangan


Harga saham di Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini seiring dengan penutupan rendah Wall Street semalaman kerana sentimen terjejas dengan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.

Indeks S&P jatuh 1.18 peratus kepada 1,958.12, Indeks Perusahaan Dow susut 0.94 peratus kepada 16,976,81 dan Nasdaq jatuh 1.41 peratus kepada 4,363.45.
Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.94 mata kepada 1,873.2 selepas dibuka 8.53 mata lebih rendah pada 1,874.2.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 479 berbanding 48 manakala 165 kaunter tidak berubah, 97 tidak diniagakan dan 37 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 492.07 juta saham bernilai RM179.29 juta.

Di papan skor, Indeks Kewangan susut 69.59 mata kepada 17,489.43, Indeks Perladangan susut 17.62 mata kepada 9,028.25 dan Indeks Perusahaan jatuh 30.72 mata kepada 3,234.79.

Indeks FBM EMas jatuh 81.85 mata kepada 13,056.69, FBMT100 jatuh 75.21 mata kepada 12,655.57, FBM ACE susut 92.25 mata kepada 6,786.38 mata dan FBM70 susut 116.27 mata kepada 14,350.72.
Saham MAS jatuh tiga sen kepada 19.5 sen, Sumatec turun 1.5 sen kepada 40.5 sen dan Talam Transform turun satu setengah sen kepada 11 sen.~ Sumber

0 Komen untuk "#Tragedi MH17 Jejaskan Saham KL Pada awal dagangan"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info