Menggabungkan senaman bersama dengan pemakanan seimbang adalah satu langkah utama dalam mencapai berat badan ideal. Walau bagaimanapun, terdapat juga jenis minuman yang dapat mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu anda menurunkan berat badan denga lebih pantas, dan di sini terdapat 5 minuman yang paling efisyen:
1. Jus Detox
Jus pembersihan badan (detox) adalah teman anda yang paling boleh dipercayai dalam melawan lemak berlebihan. Anda boleh menyediakannya dengan mudah di dapur, sama ada dengan menggunakan buah-buahan atau sayur-sayuran, atau pun gabungan kedua-duanya. Buahan sitrus telah diketahui sebagai yang paling berkuasa untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Makanan tinggi fiber seperti halia, lobak merah dan epal juga turut disarankan untuk jus ini, kerana kesemua makanan ini turut dapat menyokong tugas usus penghadaman dan juga kaya dengan anti-oksidan untuk tubuh.
Anti-oksidan adalah satu keperluan kerana ia dapat melindungi tubuh dari kesan negatif radikal bebas yang bahaya untuk kesihatan. 250ml jus detox seminggu sudah memdai untuk tubuh. Jus ini juga mempunyai dua kebaikkan – selain membantu tubuh untuk menyingkirkan toksin, bahan kimia dan bahan bahaya lain dari tubuh, ia juga membantu anda mengurangkan berat badan secara pantas dan semulajadi.
2. Jus Sayuran
Jus sayuran juga dapat membantu anda mengurangkan berat bada untuk jangka masa yang panjang. Sayuran yang berkait rapat dengan penurunan berat badan adalah seperti kubis, brokoli atau kubis bunga. Selain tu, sayuran ini juga dapat membantu tubuh mengimbangi paras hormon dalam badan serta meningkatkan metabolisma badan.
3. Teh Hijau
Teh hijau telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu lagi disebabkan khasiatnya yang pelbagai, dan penurunan berat badan adalah salah satu khasiatnya. Tidak kisahlah jika anda tiada masa atau tidak suka bersenam dengan kerap, meminum teh hijau sekali sehari akan memberikan anti-oksidan yang anda perlu dan membakar lemak dengan lebih cepat, dengancara menambahkan metabolisma badan. Teh ini amat sesuai untuk membakar kalori dan juga meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan. Teh hijau sangat terkenal dalam kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan dapat membantu kita meredakan tekanan.
4. Jus Buah-buahan – Pir dan Kranberi
Jus buah-buahan adalah enak, mudah disediakan dan sangat kaya dengan nutrisi, vitamin dan mineral. Selain itu, terdapat juga ratusan buah yang berlainan yang boleh anda pilih. Buah pir dankranberi (cranberry) adalah buahan yang paling enak dan efisyen kerana mereka mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Kedua jus ini bukan sahaja membantu anda menurunkan berat badan dengan menggalakkan metabolisma (pembakar lemak semulajadi dalam badan), tetapi juga dapat meningkatkan tenaga tubuh secara keseluruhannya dan memberikan tubuh kesemua vitamin asas dan protin yang diperlukan tubuh. Pada masa yang sama, jus kranberi juga dapat membantu menghindari pelbagai jangkitan pundi kencing, seperti jangikitan bakteria E-coli. Buah pir pula menambahkan potasium, magnesium dan juga fosforus kepada jus buah anda yang mustahak untuk gaya hidup yang sihat, ia juga kaya dengan vitamin C dan kalsium yang penting untuk tulang yang sihat dan kuat.
5. Kopi O
Akhir sekali, pengambilan kopi O secara sederhana dapat memberikan kebaikkan kepada kesihatan – tidak hanya mengandungi anti-oksidan, tetapi ia juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kencing manis dan juga masalah jantung. Pada masa yang sama, kafein sesuai untuk menigkatkan metabolisma dan meningkatkan jumlah kalori yang dibakar. Tetapi awas, jika anda meminum kopi sebagai cara mengurangkan berat badan, jangan tambahkan gula atau susu kerana sebarang pemanis dapat meningkatkan jumlah kalori!
Jadi, inilah dia 5 minuman yang perlu anda amalkan untuk menurunkan berat badan secara pantas dan sihat, tanpa pengambilan pil atau makanan tambahan yang mungkin menyebabkan kesan sampingan. Hampir kesemuanya bertujuan untuk menambahaakn metabolisma badan yang penting untuk pembakaran lemak. Selamat mencuba!