Laporan Terkini: Berhubung dengan Penemuan Minyak Dan Serpihan Pesawat di Vetnam

Media Vietnam sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa, tentera mereka ada terlihat objek serpihan pesawat dan juga melihat tumpahan minyak di perairan negaranya...untuk menjawab persoalan tersebut, apakah ianya benar atau sebaliknya..sila baca berita yang terkini dibawah.



Menurut DCA, pada jam lebih kurang 12.21 tgh tadi, Penemuan serpihan objek kononnya komponen pintu pesawat yang dilaporkan oleh media Vietnam malam tadi disahkan bukan milik pesawat MAS MH370, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. 

Dalam sidang media di sini, sebentar tadi, beliau berkata pihak berkuasa Malaysia segera menghubungi pihak berkuasa Vietnam sejurus laporan berkenaan tersiar dan menafikan menjumpai objek berkenaan. 


Selain itu, dalam sidang media pada 12.37 tgh tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam juga telah memaklumkan bahawa, Keputusan ujian makmal sampel tompokan tumpahan minyak yang diambil Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia (APMM) yang dijumpai di Laut China Selatan akan dimaklumkan kepada umum, kata  Datuk Azaruddin Abdul Rahman. 


PakuDeras - Sama-sama kita mendokan agar pesawat MH370 ditemui segera agar keluarga mereka agar setiap persoalan dapat dirungkaikan..
 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info