Hawai, Misteri Pantai Berhantu


Hawaii biasanya terkenal dengan pantainya yang mempesonakan mata. Tapi siapa sangka, kepulauan di AS juga punya pantai sepi, tak berpenghuni dan berhantu.

Kaupoa di Pulau Molokai, nama pantai cantik namun berhantu di Hawaii. Tidak seperti pantai lain di Hawaii, pantai ini sepi dari pengunjung. Hanya ombak, pasir dan bayu angin yang mengisi Kaupoa.

Di petik Huffington Post, bukan tanpa alasan tempat ini begitu sepi pengunjung. Cerita mistik berada di sebalik itu semua. Pada awalnya, Pantai Kaupoa sangat ramai pengunjung, ramai pelancong yang menghabiskan masa bercuti dengan berjemur di bawah sinar matahari.

Namun keceriaan di pantai ini berakhir apabila seorang pengunjung berteriak . Sebuah buaian yang tak dinaiki bergoyang sendiri. Tidak hanya sekali, buaian tua ini bergoyang berkali – kali dan laju seperti buaian yang dinaiki orang.

Dikhabarkan ada sekumpulan penduduk yang mendiami di kampung ini menjadi nelayan dengan hanya memancing ikan. Terdapat kuil dan bekas ladang di sana. Hingga pada akhirnya, kumpulan ini meninggal dan dikebumikan di sana.





Pada tahun 1800, Pantai Kaupoa kosong sehinggalah pada tahun 1990an rumah penginapan dibina di sini untuk menarik pengunjung. Namun, dengan alasan yang sama, yakni berhantu, tidak ada pengunjung yang boleh bertahan lama – lama di sana.

Suasana pantai juga cukup mencengkam. Banyak bangunan lama mengisi panta. Deretan batang pokok kelapa tanpa daun di bahagian atas menambah kesan seram pantai.


0 Komen untuk " Hawai, Misteri Pantai Berhantu"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info