AS Bunuh Rakyat Palestin Di GAZA

 AS Bunuh Rakyat Palestin Di GAZA
Amerika Syarikat (AS) sememangnya sekutu kuat Israel. Merekalah yang sebenarnya membunuh rakan-rakan kita yang tak berdosa di GAZA. Tanpa bantuan mereka jutaan rakyat Palestin mungkin masih bernyawa. Tiada anak yang kehilangan ibu dan ayah, tiada ibu yang kehilangan anak dan tiada saudara yang kehilangan saudara yang lain.

Inilah senario sebenar yang berlaku. Ketika dunia menentang kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di GAZA, mereka dengan sewenang-wenangnya membenarkan Israel menggunakan stok simpanan peluru milik mereka. Stok penimbal terdiri daripada peluru berpandu, kereta perisai dan peluru meriam telah diberikan kepada Israel sejak minggu lalu sebagai sebahagian daripada program kendalian AS dikenali sebagai War Reserves Stock Allies-Israel (WRSA-I). 

Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel juga turut menghantar surat kepada kepimpinan Kongres meminta AS$225 juta (RM720 juta) untuk pembiayaan tambahan kepada Israel pada minggu lepas.

Inilah wajah sebenar pembunuh rakyat Palestin. Tanpa sokongan mereka Israel tak akan mampu melakukan kezaliman berterusan yang dilakukan sekarang. Jadi perlukah Malaysia mempunyai hubungan bilateral dengan mereka. Perlukan Malaysia menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin mereka?
0 Komen untuk "AS Bunuh Rakyat Palestin Di GAZA"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info