Selebriti Tanahair Persoal Punca Insiden MH17


Negara kita sekali lagi diuji dengan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di timur Ukraine dipercayai ditembak jatuh seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa di sana.

Pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 295 penumpang beserta anak kapal ini menjadi perhatian masyarakat dunia dan ramai yang beranggapan insiden terbabit mempunyai agenda yang tersembunyi oleh kuasa-kuasa besar.

Tidak terkecuali memberikan pandangan peribadi, di antara selebriti tempatan yang lantang mempersoalkan punca insiden ini adalah aktres Tiz Zaqyah dan pelakon Azhar Sulaiman seperti yang dipetik dari laporan OhBulan!.

Tiz di dalam laman sosialnya mempersoalkan bagaimana pihak yang melepaskan tembakan tersebut tidak boleh membezakan di antara jet pejuang dan pesawat komersial.


Selain itu, Tiz juga turut berkongsi sekeping gambar yang jelas menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Rusia yang meminta pesawat MH17 tidak terbang di ruang udara mereka.

Sementara itu, Azhar Sulaiman juga turut berkongsi pendapat dengan menyatakan insiden ini mempunyai konspirasi dari pihak-pihak tertentu. "MH 17, alasan yang dicipta untuk dunia sokong United States masuk Ukraine?", ujarnya di laman sosial Twitter.





Dalam pada ramai yang melontarkan idea dan komen mengenai punca kejadian, Azwan Ali turut menyeru kepada mereka yang gigih beranalisa supaya bermuhasabah.

"Tak payah gigih beranalisa punca tragedi. Bangkit dan bersihkan busuk diri masing-masing sebelum bala seterusnya. MasyaAllah," katanya di laman sosial berkenaan.

Apa pun, semoga ahli keluarga mangsa kru dan penumpang terbabit tabah menghadapi dugaan ini. Salam takziah. Al-Fatihah. [ kredit tupai.com.my]


0 Komen untuk "Selebriti Tanahair Persoal Punca Insiden MH17"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info