7 orang Penerima Anugerah Nobel menyeru agar embargo senjata dikenakan ke atas Israel



64 orang individu ternama, termasuk 7 orang penerima Anugerah Nobel, telah menyeru agar embargo senjata dikenakan ke atas Israel berikutan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan di Gaza.

Dalam kenyataan mereka, mereka mengulas bahawa keupayaan Israel melancarkan serangan tidak berperikemanusiaan di Gaza tanpa sebarang hukuman bertitik-tolak daripada kerjasama ketenteraan dan perdagangan di peringkat antarabangsa.

"Kami menyeru UN dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk mengambil langkah segera dengan mengenakan embargo ketenteraan yang komprehensif seperti yang pernah dikenakan ke atas Afrika Selatan semasa rejim apartheid."

7 pemenang Anugerah Nobel yang menandatangani dokumen seruan ini ialah Desmond Tutu, Betty Williams, Federico (Mayor bandar Zaragoza), Jody Williams, Adolfo Peres Esquivel, Mairead Maguire dan Rigoberto Menchu.

Selain mereka, turut sama menyeru kepada embargo ini ialah tokoh akademik - Noam Chomsky dan Rashid Khalidi, pengarah filem - Mike Leigh dan Ken Loach, ahli muzik - Roger Waters dan Brian Eno, penulis - Alice Walker dan Caryl Churchill, dan jurnalis - John Pilger dan Chris Hedges. 2 orang ahli akademik Israel - Ilan Pappe dan Nurit Peled, turut menyokong seruan ini.

Sumber: Haaretz. [kj]
0 Komen untuk " 7 orang Penerima Anugerah Nobel menyeru agar embargo senjata dikenakan ke atas Israel "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info