AirAsia Tawar 850,000 Tiket Harga Murah


 850,000 Tiket Murah Dari AirAsia

Ini ada berita baik untuk semua. Kalau you plan nak bercuti ke mana-mana destinasi menarik didalam dan luar negara mulai sekarang sehingga 31 Desember 2014, Air Asia ada menawarkan tiket harga murah serendah RM46 untuk kebanyakan penerbangan domestik di semenanjung dan Sabah & Sarawak.

Bagi penerbangan antarabangsa, harga serendah RM60 ditawarkan untuk penerbangan ke Singapura manakala RM296 untuk beberapa penerbangan dengan AirAsia X ke pelbagai destinasi seperti ke Sri Lanka, Australia, Japan, South Korea dan juga Taiwan.

Tawaran harga murah ini dibuat sempena meraikan kejayaan mereka merangkul gelaran World’s Best Low Cost Airline and Asia’s Best Low Cost Airline di 2014 World Airline Awards yang diadakan di London baru baru ini.

Tempahan tiket boleh dibuat mulai hari ini sehingga Ahad (10 Ogos 2014) di lamanweb rasmi AirAsia untuk penerbangan bermula hari ini sehingga Disember 2014. So jangan lepaskan peluang k..

Tempat Pelancongan dan Percutian  Menarik:
0 Komen untuk "AirAsia Tawar 850,000 Tiket Harga Murah "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info