Nora Danish Akan Berkhawin Dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia?


Hubungan cinta antara aktres jelita Nora Danish dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bukan lagi rahsia dikalangan peminat.

Kemesraan pasangan ini jelas dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram masing-masing.

Khabar angin tentang pasangan ini ingin mendirikan rumah tangga pernah diperkatakan sekitar Februari lepas, tetapi ia ditepis oleh aktres filem "Pengantin Malam" ini.

Namun kini ada desas-desus yang mengatakan Nora dan Nedim sudah pun berbincang mengenai perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun berita ini dinafikan oleh Nora yang memberitahu mereka tidak pernah berbincang atau ada membuat persiapan perkahwinan.

Nora Danish dan Nedim Nazri enggan terburu-buru kerana 
mereka pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

"Saya pun terkejut bila keluar perkara macam ini. Tak ada persiapan atau bincang pun. Kami tak pernah letak tarikh dan Nora tak pernah pun buat persiapan kahwin.

"Macam inilah, kalau ada bercadang untuk kahwin pun, taka da benda sangat nak buat persiapan. Kalau kahwin kali ini akan buat yang simple dan lebih kepada akad nikah," ujar Nora seperti dipetik daripada laporan portal OhBulan! ketika ditemui baru-baru ini.

Nora juga menjelaskan mereka masih lagi sedang mengenali hati budi masing-masing dan enggan terburu-buru kerana pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

"Bagi Nora dan Nedim, kahwin bukan perkara main-main sebab kami dah pernah gagal dalam berumahtangga, jadi kena fikir masak-masak sebelum ke fasa seterusnya.

"Kena terima perangai baik dan buruk. Pada Nora, perangai buruk itulah yang kita kena sayang supaya kita dapat hidup dengan dia selamanya. Dia pun sama kena terima perangai saya yang banyak kekurangan ini," katanya.

Sebelum ini Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putera Rayqal. ~ Sumber
0 Komen untuk "Nora Danish Akan Berkhawin Dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia? "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info