Video Kehebatan Gadis Bajau Selamatkan Perahu Karam


Pulau Mabol, Samporna - Video teknik seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Bajau Laut menyelamatkan perahu karam telah menjadi viral di facebook. Hit di youtube telah melebihi 1.3 juta.

Di dalam video berdurasi 1:56 itu, sebuah perahu kecil dilihat karam apabila air memasukinya hingga seorang wanita dan tiga kanak-kanak terapung-apung di dalam air.

Kanak-kanak perempuan Bajau tersebut kemudiannya bertindak pantas menggunakan kemahirannya yang tersendiri untuk mengeluarkan air dalam sampan tersebut dengan cara mengimbangkan badannya ke kiri dan ke kanan sehingga air di dalam perahu itu habis keluar ke lautan semula.

Setelah itu dengan cepat dan tangkas beliau terjun ke laut untuk ke pelantar mengambil pendayung dan menuju semula ke perahu.

Dia turut membantu salah seorang kanak-kanak memasuki semula sampan tersebut.

Kalau dilihat pada komen-komen dalam youtube, ia sebenarnya telah mendapat perhatian antarabangsa dimana majoriti yang komen adalah mereka dari luar negara.




0 Komen untuk "Video Kehebatan Gadis Bajau Selamatkan Perahu Karam"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info