Video Detik Cemas Cubaan Bunuh Diri Di Flat Desa Mentari


PETALING JAYA 7 Mei (semalam) - Seorang wanita dalam lingkungan umur 30 tahun mengemparkan penduduk Pangsapuri Desa Mentari 3, Taman Medan di sini hari ini apabila melakukan percubaan untuk membunuh diri dari tingkat 12.

Tindakan wanita tersebut disedari jiran kira-kira pada pukul 7.20 pagi apabila keluar dari tingkap bahagian dapur rumahnya dan berdiri di atas atap ‘oning’ jiran tingkat 11.

Menurut Ketua Bomba Jalan Penchala, Penolong Penguasa Zaidi Ahtan, pasukan bomba seramai lapan anggota menerima panggilan kecemasan mengenai situasi itu pada pukul 7.28 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 7.40 pagi.

Penduduk yang melihat pasukan bomba memujuk wanita berkenaan beberapa kali menjerit ketakutan apabila wanita tersebut nekad untuk terjun tetapi berjaya dihalang oleh anggota bomba

“Kita mengambil masa setengah jam untuk memujuk surirumah yang mempunyai anak seramai tiga orang ini,” kata Zaidi.

Wanita tersebut akhirnya berjaya di selamatkan apabila dua anggota bomba bertindak nekad keluar dari bangunan dan berdiri di atas ‘oning’ dan bertindak pantas menarik dan menolak masuk wanita tersebut ke dalam rumah.

Menurut jiran, wanita berkenaan mempunyai dipercayai mengalami mengalami masalah mental.





 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info