Salah rotan: Warga Bangladesh saman k'jaan RM3 juta


Seorang warganegara Bangladesh ditangkap dan kemudian dipenjara serta dihukum tiga sebatan oleh majistret tahun lalu, walaupun mempunyai permit kerja yang sah sehingga Julai tahun ini.

Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28, disebat antara 19 Julai hingga 18 November tahun lepas apabila mengaku bersalah.

Pekerja itu tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Bukit Mertajam pada 6 Jun tahun lepas.

Dokumennya sebaliknya disimpan oleh majikan.

Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 25 Oktober tahun lalu menyemak semula kesnya dan mengetepikan sabitan bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen itu.

Hakim Zamani Abdul Rahim sendiri terkejut apabila pekerja itu telah disebat dan selesai menjalani hukuman, kata peguam S Raveentharan dalam sidang media hari ini.

Alamin memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, ketua pengarah dan pegawai penyiasat Jabatan Imigresen, ketua polis negara, ketua polis Pulau Pinang dan pegawai penyiasat polis sebanyak RM3 juta.

RM3 juta itu dituntut bagi tiga sebatan terhadapnya, atau RM1 juta setiap sebatan.

Menurut peguam, Alamin memfailkan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dan menyaman defendan kerana liabiliti gantian atas kecuaian, ketidakcekapan kerja dan menjalan hukuman pada orang yang tidak bersalah.

Alamin juga menuntut ganti rugi “kehilangan kelelakiannya” ekoran sebatan itu, hilang pendapatan RM1,300 sebulan untuk lima hari tidak bekerja, untuk kemurungan dan juga RM25,000 sehari untuk tempoh 90 hari untuk salah penjara (tiga bulan).

Sumber
 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info