#MH370: Kapal China Kesan Isyarat, Harapan Hidup Masih Ada

Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat  Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi semalam (sabtu).Dimana Agensi berita China, xinhua.com, menyatakan bahawa kapal itu (Haixun 01) telah mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.
"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 tersebut, telah mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur. 
Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi. Dan seterusnya meramkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan. Menurut sumber itu lagi  (Xinhua.com)
"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan,". 
Dimana dalam  laporan itu menyatakan bahawa, Ilyushin telah berlepas pada jam 06.04 waktu tempatan pada hari Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada jam 09.55 pagi waktu tempatan.

Harapan untuk hidup masih ada

Dalam sumber berita yang lain, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menegaskan bahawa kebarangkalian bagi penumpang untuk terus hidup masih ada.

Menurutnya lagi, selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut untuk hidup masih ada.
"Ini adalah harapan buat keluarga penumpang dan pesawat tersebut, walau apa jua keadaan kita perlu terus mengandaikan bahawa mereka masih hidup, walau pun kemungkinan tersebut tipis," katanya.

Justeru, beliau merayu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang andaian berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi.
"Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan cepat mempercayai sebarang khabar angin berhubung dengan kenyataan beliau," katanya lagi.
Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi, bukannya terhempas di Lautan Hindi, Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info