Terusan Yang Paling Kecil Di Dunia


Kepada yang suka kepada pemandangan yang menarik, anda boleh lah ke sini. Tempat di mana terletaknya terusan yang paling kecil di dunia. Ada sesetengah orang takut dengan jalan yang sempat dan kecil, bagi anda yang suka boleh lah ke sini. Baru ada rasa macam mencabar diri sendiri, tapi bukan semua orang berani betul tak? hehe


Corinth Canal yang terletak di Greece merupakan tarikan seni bina yang sangat popular. Ia menghubungkan Teluk Corinth dengan Teluk Saronic di Laut Aegean.

Terusan ini diukir dan dikorek secara terus ke dalam batu. Ia mempunyai kepanjangan sehingga mencecah 4 batu panjang dan hanya 70 kaki lebar pada pangkalannya.

Ini menghadkan banyak kapal moden dari menyeberangi terusan ini. Disebabkan kesempitan itu, terusan ini tidak digunakan secara kerap, tetapi ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk para pelancong melawat.

Dinding curam dengan air yang jernih menjadi satu daya tarikan yang besar bagi setiap lapisan masyarakat yang berkunjung ke situ.


 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info