KUALA LUMPUR: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) akan menghantar ejennya ke Malaysia untuk membantu penyiasatan terhadap pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.
CNN melaporkan tindakan itu antara lain adalah kerana terdapat warga AS yang menaiki pesawat berkenaan.
Pegawai FBI berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan pengganas atau sebarang isu lain yang mungkin menyebabkan pesawat berkenaan hilang. - CNN
Sumber