Ekoran berita tentang isteri Izzue Islam yang juga merupakan pengurusnya yang dikatakan cemburu dengan adegan mesra yang dilakonkan Izzue dengan pelakon cantik, Anzalna Nasir. Perkara ini membuatkan mereka berbalah dan Izzue bersikap dingin terhadap Anzalna ketika penggambaran.
“Itu masalah dia. Sewaktu bekerja saya harus profesional. Kalau dia cuba mengelak daripada bertemu saya, ingatlah bahawa industri ini kecil saja”.
“Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk Izzue. Kalau mahu menjayakan sesuatu kerja perlu ada profesionalisme dan tak boleh buat sesuka hati. Tidak semestinya babak romantik perlu berpeluk! Lontaran dialog saja pun sudah mencukupi. Kalau perkara itu pun tak boleh buat, baik jangan berlakon,” ulas Anzalna.
Tambah Anzalna, “Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Adi Putra dan Aaron Aziz. Watak saya lagi jahat dan penggoda tapi tidak timbul pula sebarang isu.”
Lebih baik Anzalna selesaikan perkara ini dengan Izzue dan isterinya sebelum makin melarat. Mana tidaknya, industri seni ini kecil. Balik-balik akan jumpa orang yang sama juga nanti.