Makam Di Jadikan Pusat Tahanan Mental


Di Afghanistan kerana perang yang berlanjutan selama bergenerasi pusat Serenti dan hospital mental tidak wujud. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai sanak saudara dengan penyakit mental dan ketagihan dadah. Makam Mia Ali Baba yang terletak di Jalalabad dijadikan pusat rawatan.

Makam Mia Ali Baba, seorang karamah yang sudah wujud selama 300 tahun ini dikatakan dapat merawat dua penyakit ini. Pesakit akan dipaksa tinggal selama 40 hari dan dengan kuasa Allah mereka akan pulih dari ketagihan dan sakit mental. Pesakit dipasung di dalam bilik kecil yang tidak dilengkapi tandas.

Oleh itu mereka terpaksa membuang najis di dalam bilik yang juga menjadi bilik tidur mereka. Sangat sadis. Pesakit hanya akan dilepaskan apabila penjaga Makan Mia Ali Baba merasakan mereka cukup pulih dan dibenarkan bersolat.

Sangat sadis pusat serenti dan pusat rawatan sakit jiwa di Afghanistan ini. Di Malaysia dah ada pusat yang sempurnapun masih ada penagih yang gagal dirawat apakan pula di Mia Ali Baba. Kasihan.













 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info