Jerebu semakin buruk, Orang Ramai Mula Bimbang


Hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Kelang dan Banting berada di tahap berbahaya dengan masing-masing mencecah 352 dan 316.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan IPU di Pelabuhan Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 316.

Beberapa orang ramai mula bimbang dengan keadaan ini dan turut berkongsi gambar serta komen di media sosial keadaan jerebu di kawasan Klang dan Banting.





Orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng dan meminum air banyak lebih dari biasa.




0 Komen untuk "Jerebu semakin buruk, Orang Ramai Mula Bimbang "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info