Gambar Fazura Bercium, Hanya Rekaan atau Kebetulan??


Kita semua tahu gosip panas yang ditulis oleh wartawan MalaysiaGazette mengenai dakwaan pelakon Nur Fazura yang didakwa kononnya membuat aksi terlampau iaitu bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang dan lentuk kepala di bahu.

Namun sebagai peminat hiburan, gosip dan dakwaan sahaja sebenarnya belum cukup kuat untuk menuduh seseorang itu. Jika benar wartawan tersebut mempunyai bukti bergambar, kenapa tidak diketengahkan? Mungkin agaknya dia takut atau bimbang disaman... tapi peliknya buat cerita tak takut pula! Heh.

"Sekali pandang persis aktres popular Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat," demikian dakwa wartawan tersebut. Jelas nama Fazura yang disebutnya!

Akibat gosip itu, berlegarlah pelbagai dakwaan dan sekeping gambar palsu di laman-laman sembang yang didakwa sebagai Fazura. Padahal ia adalah orang lain yang memakai baju belang agak serupa, tetapi pelakonnya sahaja yang lain.



Kesimpulannya, jika benar gosip ini... apa kata wartawan itu dedahkan gambar sebenar yang konon dirakamnya itu. Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

Amacam, ada berani?




 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info