Biodata Raja Bomoh VIP Ibrahim Mat Zin

Semenjak kehilangan pesawat MH370 ini, muncul pula seorang Raja Bomoh VIP yang bernama Ibrahim Mat Zin yang mendakwa ingin membantu dalam usaha mencari pesawat #MH370.


Sejak tiba di Balai Ketibaan KLIA beberapa hari lalu, nama Ibrahim Mat Zin sudah menjadi semakin terkenal dek kerana upacaranya yang pelik dan dikatakan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Namun tindakannya yang mengadakan upacara sedemikian sepertinya adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.

Biodata Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin #MH370

  • Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
  • Umur: 80 Tahun
  • Warganegara: Malaysia
  • Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
  • Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
  • Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
  • Kejayaan Kareer Bomoh:  Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
  • Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam


Kronologi Kareer Bomoh:
  • 2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.
  • 2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
  • 2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.



0 Komen untuk "Biodata Raja Bomoh VIP Ibrahim Mat Zin "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info