#Banduan Dalam Penjara Berniaga Dan Hidup Berkeluarga



Penjara San Pedro yang merupakan sebuah penjara yang terbesar di La Paz, Bolivia amat terkenal dengan keadaan penjaranya yang mempunyai unsur kemasyarakatan.

Apa yang menjadikan penjara ini lain dari yang lain adalah kerana para banduan di penjara ini bekerja seperti di dalam komuniti yang berada di dunia luar contohnya seperti membayar sewa atau memberi sewa penginapan, dan mereka juga tinggal di penjara itu bersama keluarga persis seperti kehidupan di dalam pekan. Pihak polis jarang memasuki penjara ini malah mereka hanya perlu mengawal di bahagian luar penjara sahaja.


Selain terdiri daripada 1,500 banduan, penjara ini juga terdiri daripada mereka yang bukan banduan. Isteri dan anak-anak para banduan ini juga dibenarkan masuk dan keluar dari penjara ini secara sesuka hati mereka.

Hal ini berlaku kerana, sekiranya suami mereka yang terdiri daripada banduan itu tidak bekerja, keluarga mereka akan mengalami kesulitan hidup di luar sana. Jadi, mereka sering membawa masuk barang-barang ke dalam penjara untuk dijual sama ada dengan cara mendirikan gerai atau pun menjual dari sel ke sel.


Selain itu, seramai 200 anak-anak banduan ini akan diasuh oleh 2 pusat jagaan (nurseri) yang disediakan oleh pihak penjara atau dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan penjara. Sesetengah dari mereka juga banyak menghabiskan masa bermain dengan pengawal penjara.









0 Komen untuk " #Banduan Dalam Penjara Berniaga Dan Hidup Berkeluarga"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info