Kereta Ini 100 Peratus Diperbuat Dari Ais

Musim sejuk di Kanada ternyata membuat manusia boleh menjadi lebih kreatif. Sebuah syarikat bernama IceCulture membuat reka bentuk kereta dengan melapisinya dengan ais untuk rangka mahupun bahagian dalamnya.

Kereta yang digunakan yakni bermerk GMC Silverado 2005. IceCulture mengukir seluruh badan kereta sekaligus bahagian dalamnya dengan ais. Sekurang – kurangnya berat 5 tan ais untuk menyiapkan projek ini. Cara kerja pembuatan kereta ais ini sedikit rumit.





Ais tersebut akan dipasang pada rangka keluli dan roda. Selain itu diletakkan juga kipas angin untuk mencegah udara dan asap ekzos mencairkan bahagian badan kereta tersebut. Cabaran pertama kita adalah mengatasi bagaimana cara tidak tercampurnya ais dan logam saat proses pengaliran mesin, ” ujar Heidi Bayley, manager IceCulture.” Ini adalah salah satu cabaran terbesar yang pernah kita lakukan. ” Kereta sejuk ini juga menjadi sebuah ikon iklan TV untuk syarikat tayar Kanada.

Mereka ingin menunjukkan bagaimana panasnya enjin kereta boleh bekerja sama dengan dinginnya ais. Yang menarik ternyata kereta ini juga boleh dipandu. Dalam sesi ujipandu, kereta boleh bergerak sejauh 4 kilometer dengan kelajuan 12 mph. IceCulture juga berharap kereta ais ini akan dapat meraih rekod dan tercatat di Guinness World Records Book.

sumber
0 Komen untuk "Kereta Ini 100 Peratus Diperbuat Dari Ais"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info