Pelakon Dibayar RM400 Kerana Mencuci Kereta Peminat


Program 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah hiburan popular URTV yang diadakan pada Sabtu lalu.

Ramai selebriti popuar yang hadir antara nya Pelakon Jelita Miera Leyana dan Aktor Kacak Keith Foo.

Apa yang menjadi tumpuan seorang peminat wanita baru baru ini berbesar hati untuk ‘mengupah’ Keith Foo sebanyak RM400 kerana mahukan pelakon itu membasuh keretanya.

Keith Foo turut meluahkan rasa terkejut apabila ada peminat sanggup keluarkan duit sebanyak itu untuk menjayakan program amal ini.

 Saya tidak menyangka yang ada peminat yang sanggup membayar RM400 untuk saya mencuci keretanya. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pembida iaitu Puyan Sania Saidi kerana sudi membuat amal bersama saya dan artis-artis lain, ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Hasil keseluruhan bidaan serta cucian kereta pada program amal itu telah menjadikan sumbangan berjumlah RM2,390 dan akan diserahkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia. ~ Kredit kamithemedia



0 Komen untuk "Pelakon Dibayar RM400 Kerana Mencuci Kereta Peminat"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info