Fesyen amat penting di dalam satu-satu Anugerah yang di hadiri bintang-bintang dan selebriti popular dunia, namun kadangkala ada yang mengaibkan diri mereka yang konon nya apa yang di gaya kan mereka di katakan kelihatan menarik.
Bukan semua selebriti bijak bergaya, kalau tak kena caranya memang akan jadi mangsa fesyenlah jawabnya.
Terbaharu, seorang lagi artis masuk dalam list berpakaian paling buruk lagi jelik dalam sejarah selebriti menghadiri anugerah.
Ketika menghadiri Anugerah American Music Awards semalam, penyanyi kelahiran Albania, Bleona Qereti, telah tampil dengan persalinan jaring jarang yang mendedahkan keseluruhan tubuh badannya.
Dikatakan, Bleona berkemungkinan besar bercita-cita mahu meniru pakaian kontroversi yang pernah digayakan pelakon Rose McGowan ketika menghadiri anugerah MTV Video Music Awards pada tahun 1998.
Selain itu, dia mungkin mendapat inspirasi daripada gaya hampir serupa Rihanna ketika menghadiri Anugerah Fesyen CFDA di New York, 2 Jun lalu yang dinobatkan oleh pengkritik fesyen sebagai persalinan selebriti terbaik di red karpet pada majlis tersebut.
Masalahnya, persalinan jarang itu kelihatan begitu elegan dan kelas dikenakan oleh Rihanna tetapi apa yang dipakai oleh Bleona semalam lebih kepada murahan.
Tak hairanlah rata-rata komen diberikan peminat fesyen terhadap apa yang dikenakan Bleona adalah, daripada berpakaian camni lebih baik tak payah datang anugerah berprestij yang jadi tumpuan pengkritik fesyen, buta-buta je cipta sejarah memalukan buat diri sendiri.
0 Komen untuk "Selebriti Berfesyen Terlampau Di American Music Awards #6 Gambar"