NEW YORK – Kalau dah mabuk, hilang semua rasa malu dan harga diri. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki, yang juga penumpang keretapi bawah tanah di sini.
Dia menaiki keretapi berkenaan dalam keadaan berbogel, hanya tinggal kasut dan stokin semata-mata.
Kelakuannya itu mengejutkan penumpang lain dan semuanya menjauhi lelaki tersebut kerana bimbang dia bertindak ganas.
Gambar bogel itu telah dirakamkan oleh seorang editor majalah fesyen Daily Front Row, Peter Davis yang nyata terkejut dengan situasi tersebut.
“Dia begitu mabuk dan tidak sedarkan diri.
“ Lelaki bogel ini berada di dalam keretapi sekurang-kurangnya sehingga enam stesen dan ketika itu terdapat kira-kira 30 penumpang lain,’’ katanya yang turut memberitahu lelaki mabuk itu juga tidak mempedulikan orang lain.
Davis kemudiannya memuat naik gambar berkenaan dalam Facebook, Twitter dan Instagram dengan banyak komen diterimanya susulan gambar bogel berkenaan.
0 Komen untuk "Menaiki Keretapi Tanpa Pakaian, Mengejutkan Orang Awam"