Aidil Zafuan Jadi pelakon?

Bekas suami kepada pelakon jelita Rita Rudaini, Aidil Zafuan dilaporkan cuba menjinakkan dirinya dalam bidang lakonan apabila dilihat memuat naik beberapa keping foto dirinya sedang menjalani satu penggambaran menerusi laman Instagramnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti penggambaran tersebut adalah untuk filem, drama mahupun telemovie.

Kemungkinan ianya merupakan sebuah komersial bagi projek portal terbaru yang berjudul "AbahKau" yang ditulis Aidil di bawah kapsyen foto berkenaan.

Isteri kepada penyerang pasukan JDT ini iaitu Zarema Zainal turut kelihatan memberikan sokongan kepada Aidil sewaktu proses penggambaran sedang dijalankan.

Menerusi foto yang ditampilkan, Aidil tampil segak dengan menyarungkan sut hitam sambil dikelilingi oleh sekumpulan pasukan keselamatan yang mengawasi dirinya ala-ala seperti filem "James Bond" dan "Men In Black".

Namun, ada juga cakap-cakap nakal yang mengaitkan tawaran berlakon Aidil itu dengan kes tuntutan nafkah anak-anaknya yang tertunggak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Mungkin ini rezeki Aidil dan kalau boleh jangan dilupakan nafkah anak-anaknya yang tertangguh walaupun sudah membina rumah tangga yang baru. ~ Sumber




0 Komen untuk "Aidil Zafuan Jadi pelakon?"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info