Sekiranya anda berminat untuk melancong dan membuat percutian di Melbourne, Asturalia..anda jangan lepaskan peluang kerana AirAsia menawarkan promosi hebat hanya dengan RM449. Dan promosi tersebut hanya sah sehingga 31.Ogos.2015..maklumat lanjut sila layari:
Sebelum itu, anda ingin menjejakkan kaki di Melbournes, adalah lebih baik sekiranya anda memahami Geografi disana.
Musim dan Suhu
Bunga / Spring : September hingga November
Panas / Summer : Disember hingga Februari (suhu mencecah sehingga 46 darjah celcius)
Luruh / Fall / Autumn : Mac hingga Mei
Sejuk / Winter : Jun hingga August (suhu mencecah sehingga -2 darjah celcius)
Waktu
Untuk Melbourne (GMT+6), manakala Malaysia (GMT+8). GMT ialah Greenwich Mean Time. Oleh yang demikian beza masa adalah 2jam pada waktu biasa dan 3jam sewaktu Daylight Saving Time. Daylight Saving Time adalah satu tindakan mempercepatkan jam supaya siang kelihatan lebih panjang dari waktu malam. Biasanya jam ditambah satu jam kehadapan pada pertengahan musim Bunga (biasanya di bulan Oktober) dan dikurangkan satu jam pada pertengahan musim luruh (biasanya pada bulan April).
Flight
Cadangan: Air Asia (Everyone can fly)
Lokasi: Tullamarine Airport, Melbourne
Tarikh beli: Setahun dari sekarang sebab tiket murah.
Tarikh terbang: Boleh pilih musim mana yang berkenan di hati.
Perjalanan ambil masa selama 8 jam sahaja. Disarankan amik tiket pukul 9 malam ke atas supaya dapat sampai keesokkan paginya. Bolehla merasa solat Subuh atas flight. Tapi kalau naik Air Asia tu selalunya ada saja flight delay boleh la nak naik yg lepas zohor. Kalau yang ni pulak boleh la merasa 34 waktu solat atas flight. hehe..
Kereta Sewa
Kos: A$180 minimum untuk 5 hari
Lokasi ambil dan hantar : Tullamarine Airport, Melbourne
Tujuan : Untuk perjalanan jauh sahaja.
Boleh survey beberapa rental service yang menyediakan pakej GPS, peta dan tol dan car seat.
Minyak
Kos: A$150
Tips dapatkan minyak murah: Boleh beli makanan di Coles (seperti Tesco Malaysia) dengan minimum Aud30 dan dapat resit diskaun di bahagian bawah.
Tram
Kos: A$6 untuk kad sahaja dan topup A$16.00 sekurang-kurangnya (untuk 2 hari).
Kadar bayaran : Jika anda naiki tram pergi dan balik dalam tempoh 2jam, caj yang dikenakan ialah A$4. Maksimum caj untuk sehari atau melebihi 4 jam adalah A$7.60.
Tujuan: Untuk meronda di kawasan bandar dan menikmati keindahan bandaraya Melbourne.
Tempat menarik untuk dilawati:
City of Melbourne.
Dengan menaiki City Tram, anda dapat menikmati keindahan dan keunikan kota Melbourne. Boleh berhenti dan naik di mana-mana stop kemudian berjalan kaki ke kawasan sekitarnya. Antara tarikan utama ialah Shrine of Remembrance, Royal Botanic Garden, Napoleon Museum, National Library, Yarra River, Federation Square, pelbagai shopping mall dan building yang menarik selain pemuzik jalanan yang menghiburkan.
Phillip Island
Pulau yang berbentuk seperti seekor ikan lumba-lumba atau dolphin. Untuk berjalan-jalan,boleh dapatkan PIE Pass yang terdapat di Phillip Island's Visitor Center untuk melawat 3 dari 4 daya tarikan utama iaitu;
- Amaze ‘N Things
- Pannys Amazing World of Chocolate
- Rhyll Trout and Bush Tucker Farm
- Maru Koala & Animal Park
Great Ocean Road
Tarikan utama: Torquay, Twelve Apostle yang merupakan kesan alam semula jadi dan jika bertuah dapat lihat paus bermain-main.
Aktiviti : Luncur air, Berkelah
Maklumat lanjut sila layari: [PROMO] Fly to Melbourne with AirAsia from only RM449, promo ends 31 August 2015!
Menarik: Ketika Isteri Tiada Adik Ipar Masuk Ke Bilik Suami Dengan Hanya Berpakaian Dalam
0 Komen untuk "Promosi Percutian AirAsia Ke Melbourne, Hanya RM449 Sah Sehingga 31 Ogos 2015"