Isteri Awie Tertekan


Enggan mengulas lanjut mengenai rentetan insiden dicederakan oleh suaminya sendiri, Rozana Misbun yang merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon terkenal Awie mendedahkan dirinya kini dihalang daripada berjumpa dengan tiga orang anak kandungnya.

Menurut laporan mStar, wanita berumur 36 tahun ini telah dihalang dari berjumpa oleh Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46 tahun.

"Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tidak dijawab.

"Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…" ujarnya yang membahasakan dirinya sebagai Ina.

Sementara itu, Rozana turut memberitahu satu ujian telah berlaku dalam rumah tangganya dan menyebabkan kasih sayang yang disemai selama sembilan tahun musnah akhirnya.

"Ina trauma dan emosi tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa. Keadaan fizikal sakit dan menambahkan lagi rasa bimbang.

"Sehinggalah kira-kira hampir dua minggi selepas peristiwa itu (15 Jun), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar,"jelasnya yang membuat keputusan keluar dari rumah seawal 6.30 pagi untuk mengelak dari anak-anak mengikuti dirinya bersama.

Rozana enggan membawa anak mereka bersama kerana tidak mahu kemelut rumah tangga mereka semakin tegang dan tidak mahu berebut dengan Awie, namun kini dirinya dihalang dari berhubung dengan anak-anaknya.

"Saya ada 'call' tetapi panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina 'call', hanya sekali sahaja 'ringing' dan kemudiannya putus.

"Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka," katanya yang terkejut dengan tindakan Awie yang menghantar surat kepada pihak sekolah bagi menghalang dirinya dari bertemu anak-anak.

Dalam pada itu, Rozana juga menafikan desas-desus dirinya mengabaikan anak-anak tirinya dan sedih mengenangkan keadaan dan persiapan anak-anak menjelang Aidilfitri kelak.

Terdahulu, pasangan suami isteri ini telah bernikah di Songkhla, Thailand dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.~ Sumber
0 Komen untuk "Isteri Awie Tertekan"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info