Gosip Panas Menyebabkan Neelofa Segan


KOTA BHARU - Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.

“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya. ~ SH
0 Komen untuk "Gosip Panas Menyebabkan Neelofa Segan "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info