Israel Gagal Hentikan Hamas Walaupun Lancar Serangan Darat

 Foto
 Kereta kebal tentera Israel melepaskan bedilan ke Semenanjung Gaza, selepas rejim Zionis melancarkan serangan darat di wilayah itu semalam. - Foto REUTER

Tindakan ketenteraan terbesar sejak lima tahun gagal hentikan Hamas

Kereta kebal tentera Israel yang disokong pesawat tempur, melancarkan serangan darat ke Gaza dan masuk jauh ke wilayah itu sambil melepaskan bedilan meriam dan bertempur dengan pejuang Palestin semalam.

Buat kali pertama semalam, Israel mengesahkan seorang anggota tenteranya maut di tangan pejuang Hamas.

Serangan yang dilancarkan semalam menyusul kempen serangan sejak 10 hari lalu apabila tentera Zionis melancarkan lebih 2,000 serangan udara ke Gaza, tetapi terus gagal menghentikan serangan roket Hamas yang terus membedil wilayah Israel.

Serangan kali ini adalah yang paling besar dalam tempoh lima tahun apabila rancangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir gagal. ~ BH
0 Komen untuk "Israel Gagal Hentikan Hamas Walaupun Lancar Serangan Darat"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info