Blogger Ugut Bunuh MB Setiausaha Sulit Sultan Di Bebaskan?



Blogger yang ditahan berhubung ugutan bunuh melalui Facebook terhadap Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata blogger berusia 37 tahun itu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman ke atasnya berakhir semalam.

"Kita sudah rakaman keterangannya...walaupun dia dibebaskan, siasatan kes itu masih berjalan dan kita akan ambik kira semua sudut dalam siasatan," katanya ketika melancarkan Ops Selamat peringkat negeri, di sini.

Blogger menggunakan nama Padi Jantan itu ditahan susulan lebih 20 laporan polis dibuat terhadapnya berikutan komen berunsur ugutan bubuh terhadap dua pemimpin negeri itu, melalui laman Facebook miliknya. ~ Sumber
0 Komen untuk "Blogger Ugut Bunuh MB Setiausaha Sulit Sultan Di Bebaskan?"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info