Tahniah! Buat Pasukan Bola Sepak Pahang

Foto

Shah Alam: Dua jaringan Pahang pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah menjulang Piala FA edisi ke-25, sebentar tadi.

Anak buah Zainal Abidin Hassan menewaskan FELDA United FC (FUFC) 2-1 dalam final di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun FUFC mendahului pada minit ke-22 hasil jaringan Edward Junior Wilson selepas Zah Rahan Krangar memulakan gerakan menarik dari tengah padang.

Tersentak dengan jaringan itu Pahang mula mengatur gerakan bahaya dan hampir menjaringkan gol penyamaan melalui Azidan Sarudin yang menyaksikan tandukannya menggegar palang gol FUFC pada minit ke-38.
Pahang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 apabila pemain gantian, Mohd. Faizol Hussain melakukan rembatan dari luar petak penalti menewaskan penjaga gol, Mohd. Farizal Harun. Jaringan kemenangan Pahang akhirnya hadir pada minit ke-89 menerusi tolakan Dickson Nwakaeme. ~ Sumber

Tahniah! kepada pasukan Negeri Pahang kerana memenagi perlawanan akhir Piala FA bagi kali ke-2 setelah berhempas pulas mengalahkan lawannya yang berstatus Kelab iaitu FELDA United FC pada malam tadi, yang berkesudahan 2-1.

Tahniah juga saya ucapkan pada pemain-pemain  FELDA United FC, kerana telah menunjukkan permainan yang begitu menarik sehingga ke tiupan wisel terakhir. 
0 Komen untuk "Tahniah! Buat Pasukan Bola Sepak Pahang"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info