WINGS Menyuarakan Kekecewaan


Kumpulan rock lagenda tanah air, WINGS menyuarakan rasa kesal dan kecewa apabila beberapa lagu dari album terbaru berjudul "Menakluk Kosmos" yang sudah dipasarkan melalui iTunes telah dicetak rompak dan boleh di muat turun secara percuma.

"Tiga buah lagu dari album terbaru iaitu "Peti Pandora Mu", "Ingatkan DIa" dan "Bisa Yang Tertunda" memang dilancarkan di iTunes untuk tujuan promosi tetapi inilah risiko apabila ia dilancarkan secara digital kerana ia mudah dimuat turun secara percuma tanpa kawalan di Internet.

"Paling pelik sebuah lagu yang belum dilancarkan iaitu "Hei Lihat Sini" yang akan digunakan sebagai lagu tema untuk sebuah filem terbitan KRU turut dapat dimuat turun secara percuma," kata gitaris WINGS, Joe kepada sebuah portal hiburan tempatan.


Selain menjual secara digital menerusi iTunes sejak dua bulan yang lalu, album "Menakluk Kosmos" turut akan dijual dalam cakera padat yang bakal berada di pasaran pada 22 Mei ini.

Dalam pada itu, Joe turut berterima kasih kepada KRU Music kerana cepat mengambil tindakan selepas mendapat tahu tentang perkara tersebut. ~ Sumber


          

                    

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info