Lady Gaga Tuntut Saman


Penyanyi popular Lady Gaga telah menuntut kos perundangan sebanyak RM4.5 juta berikutan pengguguran kes ciplak lagu yang didakwa oleh pemuzik Rebecca Francescatti pada tahun 2011.

Menurut laporan media antarabangsa, Gaga didakwa telah menciplak lagu ciptaan Rebecca berjudul "Juda" dimana dalam album Gaga berjudul "Judas".
Gaga dalam satu dokumen telah membuat tuntutan semula kepada Rebecca selepas hakim menggugurkan kes tersebut selepas tiada persamaan antara kedua-dua lagu berkenaan awal tahun ini.

Hakim Daerah, Marvin E Aspen telah mengesahkan plaintif gagal mengemukakan bukti kukuh bagi menyokong dakwaan persamaan daripada segi nota muzik atau judul lagu berkenaan.
0 Komen untuk "Lady Gaga Tuntut Saman"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info