Kekasih Selebriti Popular Dibelasah Teruk


Kalau sebut nama pasangan ini pasti seantero Malaysia kenal. Masakan tidak, mereka pun tidak menyembunyikan kisah cinta daripada pengetahuan peminat-peminat apabila sering kali mempamerkan kemesraan di laman sosial masing-masing.

Namun, ada perkhabaran yang kurang enak didengar apabila teman lelaki pelakon wanita popular ini dikatakan telah dibelasah oleh seorang pengunjung kelab malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, teman lelaki pelakon ini dikatakan telah terlanggar seorang pengunjung sehingga menyebabkan berlaku insiden yang tidak diingini itu.

inilah risikonya kalau pergi kelab-kelab sebegitu.

Kekadang kita mungkin hanya ingin berhibur tetapi faham-faham jelah, kena pulak kalau ada pengunjung yang mabuk, benda kecil pun boleh jadi besar!

Kami difahamkan, teman lelaki pelakon popular itu tidak pernah menimbulkan masalah dan disenangi pengunjung lain namun benda yang berlaku terjadi dengan begitu pantas.

Nasib badan.. itulah harga yang perlu dibayar bila bergelar selebriti, pergi tandas pun orang kenal apatah lagi bila ditumbuk!

0 Komen untuk "Kekasih Selebriti Popular Dibelasah Teruk"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info