KJ Tidak Membenarkan Ukraine Dan Rusia Sentuh Kotak Hitam MH17



SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.

"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak diperiksa Rusia mahupun Ukraine.

"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.


Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang  nahas MH17.

"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.

"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya. ~ Sumber
0 Komen untuk "KJ Tidak Membenarkan Ukraine Dan Rusia Sentuh Kotak Hitam MH17"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info