Beginilah Wajah Comel Firdaus Naik 21 Kilogram Selepas Sebulan Dirawat



SEREMBAN - Cukup sebulan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, kini semakin sihat dan comel lapor Sinar Harian.

Berat badannya juga kini bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dikurung di Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lalu.

Firdaus juga kelihatan ceria  ketika dikunjungi isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin bersama pegawai-pegawai kanan (Pekerti) semalam dan berkesempatan melayan kerenah Daus termasuk menyuap kuih raya kepadanya. Alolo.. comelnye....

Menurut Salbiah, beliau gembira melihat perkembangan Firdaus kini.

“Terima kasih Hospital Tuanku Ja'afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” katanya.

Saksikan gambar dibawah...

Salbiah menyuapkan kuih raya kepada Firdaus ketika beliau berkunjung ke Hospital Tuanku Ja'afar,
0 Komen untuk "Beginilah Wajah Comel Firdaus Naik 21 Kilogram Selepas Sebulan Dirawat"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info