Remaja Melayu Kini Semakin Melampau Dengan Aksi-Aksi Yang Parah


Rasa sedih ada, hendak marah pun ada malah banyak lagi perasaan tidak senang timbul bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu ketika berpasangan.

Jika sebelum ini ada video  panas remaja baru hendak akil baligh sudah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.

Yang tidak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.

Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tidak tahu, kan.

Yang ini pula, gambar tengah ‘cium mulut’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ya?


Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya.

Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka.

Silap-silap yang sedap anak yang tidak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tidak mati.

Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tidak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.


Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis. Apakah ceritaya itu?.
Kesimpulannya tidak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.

Bayangkan yang anda tonton ini adik beradik atau anak sendiri, apa agaknya yang bakal budak-budak ini terima bila balik rumah nanti?.Semoga kita seisi keluarga mendapat iktibar yang baik dari artikel ini.



0 Komen untuk "Remaja Melayu Kini Semakin Melampau Dengan Aksi-Aksi Yang Parah"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info