Kemas kini: Pelajar Malaysia Diperkosa Di Bandung Dibawa Pulang Hari ini


Pelajar malaysia di University Bandung Indonesia yang telah dirogol semalam, dikhabarkan akan dibawa balik ke Malaysia pada hari ini. Dan akan dirawat di Hospital malaysia setelah mangsa mengalami teruma.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta. ~ Sumber
 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info