VIRAL Video: Polis Trafik Dilanggar Kereta Di Jalan Semantan


Hari ini, satu video yang merakamkan kejadian seorang polis trafik yang sedang bertugas dirempuh oleh sebuah kereta perdana di Jalan Semantan, Kuala Lumpur, semalam telah dimuat naik di laman Youtube.

Mengikut video tersebut, polis tersebut dilihat berhenti di tengah jalan bagi memberhentikan trafik. Namun setelah beberapa saat polis tersebut dilihat berada di tengah jalan, sebuah kereta perdana datang merempuhnya dari bahagian sisi belakang.

Akibat rempuhan itu, polis tersebut bersama motornya tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selepas kejadian, anggota polis trafik dan juga orang awam membantu mangsa

Jika dilihat pada saat kejadian, boleh dilihat kesan tayar akibat brek di atas jalan kerana pemandu tersebut cuba brek secara mengejut.

0 Komen untuk "VIRAL Video: Polis Trafik Dilanggar Kereta Di Jalan Semantan"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info