Puteri Ular Malaysia #8 Gambar


Puteri atau nama sebenarnya Nurrosmielia Atika bte Rosli yang berasal dari selangor merupakan gadis yang luar biasa dengan keberaniannya barmain dengan ular-ular berbisa.Mungkin pelik bagi ramai orang kerana ramai orang di luar sana takut untuk berhadapan dengan ular berbisa. Admin sendiri pun kalau jumpa 'King Cobra' silap-silap lari.

Kru Siakapkeli sendiri sempat menemuramah Puteri dan ternyata beliau adalah seorang yang peramah dan baik hati walaupun nampak serius perwatakannya bila bermain ular.Puteri telah meminati haiwan peliharaan yang esotik dan mencabar sejak dari kecil lagi.Haiwan peliharaan pertama puteri adalah ulat gonggok dan dia turut memelihara kalajengking, iguana dan pelbagai haiwan lain lagi.

Menurut puteri dia memiliki banyak jenis ular peliharaan tetapi memandangkan rumahnya terdapat ramai kanak-kanak jadi ular-ularnya di pelihara oleh kawan-kawan yang mempunyai hobi sepertinya.Tetapi dia tetap menyimpan seekor ular kesayangannya di rumah iaitu ular saya jenis 'Ball Python' dan selalu membawa ia bersama jika keluar atau bersiar-siar.

Dari segi pengalaman "pengalaman yang paling saya suka bila ada orang memuji dengan kata-kata semangat dan ada orang PM saya di facebook cakap bukan senang nak jumpa orang bertudung bermain ular dan mendoakan saya agar terus bertudung"

"pengalaman yang saya tidak suka adalah bila ada orang yang cuba menjatuhkan saya bila setiap kali saya terlibat dalam bidang ular ini"

Bagi sesiapa yang takut ular ataupun meminatai bidang ini tapi takut ini pasanan puteri "Kita cuba belajar dari orang yang boleh ajar kita cara pegang ular dengan betol dan lagi satu elok layanan kita terhadap ular maka elok la layanan dari ular kepada kita kerana dia pun makhluk ALLAH.







0 Komen untuk "Puteri Ular Malaysia #8 Gambar"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info