Mahasiswi Tempatan Terkantoi Berprojek


Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayahsyariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.
Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah SyariahTakzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dendamaksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah(PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimutatas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tualatanpa memakai pakaian dalam.
Siasatan mendapati mereka bukan mahram.Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besiapabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing.Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzahmanakala tertuduh tidak diwakili peguam.
0 Komen untuk "Mahasiswi Tempatan Terkantoi Berprojek"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info