Kerana ingin Dosanya diampunkan, Pencuri Minta Tangannya Di Potong


Mencuri adalah satu perbuatan yang amat dilarang di dalam Islam. Hukuman setimpal untuk kesalahan mencuri adalah potong tangan. Namun bukan semudah itu hukauman akan dikenakan. Siasatan dan juga pengumpulan bukti serta saksi harus dilakukan terlebih dahulu.

Lain ceritanya di Syria apabila seorang lelaki mengakui kesalahannya iaitu mencuri dan meminta agar tangannya dipotong sebagai balasan bagi meringankan hukuman di Akhirat kelak. Jom baca artikel penuh.

Kumpulan militan Islam di Syria telah memuat naik beberapa siri foto seorang lelaki yang tangannya dipotong di media sosial Twitter.Insiden itu berlaku di Kota Maskanah, sebelah utara Syria, Aleppo. Foto-foto tersebut turut dimuat naik oleh beberapa saluran media sosial jihad lain, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail.

Kumpulan bertanggungjawab atas insiden itu, organisasi militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), mendakwa orang tersebut, didakwa pencuri, telah meminta dihukum dengan cara seperti itu. Beberapa akaun jihad lain mengatakan ‘si pencuri’ telah mengakui kejahatannya dan juga meminta agar tangannya dipotong untuk membersihkan dosa-dosanya.

Namun, akaun itu tidak dapat disahkan secara tepat dan foto-foto di akaun tersebut sekarang telah dikeluarkan dari Twitter.Gambar-gambar dimuat naik di Twitter memperlihatkan seorang lelaki dengan mata ditutup dan tangan kanannya diletakkan di meja sambil dikelilingi oleh sekumpulan pemberontak militan.

Seorang lelaki memakai jubah berwarna putih berdiri di depan meja itu dan di sisi kanannya terlihat seorang laki-laki dengan penutup muka hitam memegang sebuah pedang besar. Dan sebuah foto kemudian menunjukkan tangan lelaki tidak disebutkan identitinya itu sudah terpotong dengan berlumuran darah.


Akaun yang memuat naik foto-foto itu sekarang telah digantung dari laman jejaring sosial Twitter. Hukuman itu dijatuhkan oleh Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), sebuah kumpulan pro-Al-Qaeda di mana banyak pihak takut mereka mencengkam sebahagian wilayah di Syria.

Kumpulan itu dibentuk pada April 2013 dan tumbuh dari organisasi sekutu Al-Qaeda di Iraq. Tapi mereka secara rasmi diasingkan oleh organisasi pusat pada 3 Februari lalu lantaran terlalu ekstrem. Salah satu pemimpinnya, Abu bakar al-Baghdadi, telah dianggap menjadi orang yang paling dikehendaki di Timur Tengah oleh Kementerian Dalam Negeri Iraq, selepas beberapa siri serangan pengganas yang membuat dirinya digelar ‘Hantu’.

ISIS lahir dari ISI (Negara Islam di Iraq), yang berdiri untuk melawan pasukan Amerika Syarikat di negara itu sebelum berakhirnya Perang Iraq pada 2011. Walaupun secara luas dianggap sebagai kumpulan paling radikal dalam melawan rejim Presiden Syria Basyar al-Assad, namun mereka juga terlibat dalam perjuangan berdarah dengan kumpulan pemberontak saingan Islam lain.

0 Komen untuk "Kerana ingin Dosanya diampunkan, Pencuri Minta Tangannya Di Potong "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info