Sesama Artis Bercium Di Khalayak Ramai


Bercumbu sesama artis di khalayak ramai..Adeii..Terkejut  baca kisah ni dalam akhbar semalam..hahaha..
sapa la agaknya ni ya..

Memanglah, orang biasa pun ada melakukan perbuatan keji, tetapi artis adalah hak masyarakat dan menjadi pujaan ramai. Jadi, kelakuan perlulah dijaga supaya dihormati peminat. Contohnya artis yang seorang ini.

Sebelum ini saya sendiri  cukup mengagumi artis yang lahir daripada program realiti ini. Yalah, daripada orang biasa-biasa saja, dia berjaya menempa nama sebagai artis dikenali dalam tempoh yang singkat.
Sebelum ini imejnya bersih, namun sejak kebelakangan ini sikap artis itu mula berubah. Menurut beberapa kenalan, dia turut hilang rasa hormat kepada artis itu apabila mendapati dia dengan selamba berkucupan dengan seorang lagi artis yang bukan teman wanitanya.

Jika aksi berkenaan dilakukan di tempat tertutup, walaupun tetap salah, lainlah ceritanya. Tetapi, perlakuan tidak senonoh itu dilakukan di depan khalayak ramai. Berani sungguh.

Mana hilangnya rasa malu artis ini? Adakah dia berada di bawah pengaruh dadah atau pil khayal? Macam-macam persoalan berlegar-legar di kepala bila mengenangkan artis ini.

Sebagai peminat, tentulah saya  tak suka mendengar perubahan sikap artis pujaan kita kan..

Saya tahu bahawa artis tersebut  masih muda, darah yang mengalir dalam badannya masih panas. Tapi berpada-padalah membawa diri. Bercumbu di khalayak ramai itu perkara keji. Di manakah maruah diri?

Walaubagaimanapun, saya berharap sikap playboy artis itu tidak berpanjangan. Moga-moga dia berubah satu hari nanti.

Buat pengetahuan pembaca semuanya, saya memohon maaf sebab tidak dapat menyatakan nama artis ini, atas sebab-sebab tertentu. Tetapi jika anda ingin mencari siapakah artis yang berkelakuan senonoh tersebut, bolehlah tanya Pak Cik Google..yer...
0 Komen untuk "Sesama Artis Bercium Di Khalayak Ramai"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info