Maria Farida dikawal anak lelaki



Aktres jelita Maria Farida berasa bangga dengan tindakan anak lelakinya, Mizan Ashley, yang sentiasa mengawasi pergerakan dan menemaninya ke acara hiburan yang dihadiri.

Dipetik daripada laporan mStar, Maria tidak berasa terkongkong kerana tahu tindakan Mizan adalah untuk melindunginya.

"Dari dahulu lagi Mizan memang bersikap protective dan ia semakin menyerlah apabila dia sudah dewasa. Saya tidak berasa terganggu dengan sikapnya itu kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk melindungi saya sebagai seorang ibu.

"Malah kadang-kadang kalau saya lambat balik dari penggambaran, dia akan menelefon dan menunggu sehingga saya pulang," ujar aktres berusia 44 tahun ini.

Malah aktres ini menafikan tindakan anaknya itu menyebabkan dia masih solo walaupun sudah 10 tahun menjanda, sebaliknya memberitahu dia masih belum bertemu jejaka yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Namun jika ada lelaki yang ingin mendekatinya, Maria berkata mereka perlu bijak mengambil hati anaknya terlebih dulu. [kredit tupai.com.my]
0 Komen untuk "Maria Farida dikawal anak lelaki"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info