Penonton Terkejut Melihat Gelagat Pembaca Berita


SHAH ALAM – Peminat sukan di negara ini terkejut disajikan dengan gelagat pembaca berita Astro Arena (801), Elia Raini Robert yang mengeluh ketika membaca berita secara langsung 'Live", pada Khamis lalu.

Elia ketika itu sedang membaca laporan Piala Dunia 2014 tiba-tiba berhenti berbuat demikian sejurus mengeluh dan mengeleng kepalanya.

Aksinya itu sempat dirakam seorang penonton yang kemudiannya dimuatnaik ke laman internet.
Natijahnya aksi Elia itu dikritik banyak pihak dan tidak kurang yang kesal dengan sikap bekas pembaca berita Astro Awani itu.

Ujar mereka, Elia sepatutnya lebih peka dan memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan daripada pihaknya atau mungkin kesilapan teknikal.

Bagaimanapun, menurut seorang kakitangan stesen tv swasta berkenaan berkata apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal.

Jelasnya, berita untuk jam 11 tidak akan disiarkan secara langsung tetapi hanya rakaman awal semata-mata.
Ujarnya, bahagian kesilapan teknikal itu sepatutnya dibuang namun akibat terlepas pandang, ia terlepas untuk tontonan umum, lapor Antarapos.

0 Komen untuk "Penonton Terkejut Melihat Gelagat Pembaca Berita"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info