Gambar kejadian tanah mendap jadi bahan lawak


Rakyat Malaysia membuktikan kreativiti mereka selepas memuat naik pelbagai gambar fiksyen berunsur sindiran berikutan kejadian dua lubang besar yang terbentuk akibat tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur semalam.

Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik di laman sosial seperti Twitter, Facebook serta aplikasi WhatsApp.

Antara watak-watak fiksyen yang diletakkan dalam gambar tersebut adalah raksasa Godzilla, Transformers, King Kong, Ultraman dan juga Loki.

Gambar ini telah dikritik kerana menjadi bahan 
ketawa sesetengah rakyat Malaysia.

Malah ada yang 'mengusik' pihak berkuasa yang menggunakan pita pelekat untuk membaiki keretakan tersebut dan memuat naik gambar itu di laman 9GAG, sedangkan ia sebenarnya digunakan bagi mengawasi pergerakan tanah.

Dua terowong bawah itu yang merupakan projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah runtuh dua kali kira-kira jam 10.38 pagi dan 12.20 tengahari hari Rabu. ~ Sumber






ARTIKEL MENARIK DARI INTERNET:



0 Komen untuk "Gambar kejadian tanah mendap jadi bahan lawak"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info