"Adnan Sempit Sawadikap" Merempit di Thailand!


Kesinambungan filem sekuel diminati ramai bakal menemui anda sekali lagi dengan lebih aksi padat yang hebat dengan "Adnan Sempit Sawadikap" hasil arahan pengarah Ismail Bob Hasim.

Selain mengekalkan teraju utamanya iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Samsudin, filem yang diterbitkan oleh Metrowealth (MIG) ini bakal menjanjikan kelainan dengan kemunculan pelakon Thailand, Lalisa Sontirod.


Percutian yang dirancang bertukar menjadi cemas apabila anak kepada Adnan (Sam) telah hilang dan dipercayai telah diculik oleh Nok (Lalisa). Adnan dan Bobby (Along) memulakan misi mereka dalam pencarian bayi yang bernama Nizamudin dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.

Terpaksa merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Nadia (Intan) dan Wawa (Yana), mereka berdua sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dengan bersantai di pusat kecantikan dan kompleks membeli belah.

Apa yang bakal terjadi, adakah bayi tersebut dapat dijumpai? Nantikan kesudahannya di pawagam yang berdekatan! [Kredit: Tupai.com.my]

Lakonan sulung Lalisa Sontirod dalam filem tempatan.

Bobby dibelasah teruk oleh siapa?

 Berita kehilangan bayi mereka mungkin sampai ke pengetahuan Nadia?

ape yg dh berlaku nie?

Adakah Adnan bakal temui anaknya nanti?

Gandingan mantap bintang filem Malaysia dan Thailand.

0 Komen untuk ""Adnan Sempit Sawadikap" Merempit di Thailand!"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info